FALSAFAH KEHIDUPAN  

Monday, February 9, 2009

Orang yang tidak menganggap dirinyabahagia adalahorang yang tidak akan hidup denganbahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa.Sebaliknya orangyang mudah putus asa ialah orang yangtidak akanberjaya.

Cerek yang kecil adalah lebih mudahpanas. Orang yangberhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosisendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketatakan senang putus. Manakala tali yang diikatterlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu.Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
Melakukan kesilapan adalah suatuperkara yang biasa.Sedia memaafkan kesilapan adalahperkara yang luarbiasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi100 tahun,tetapi kerisauan yang dialami lebihdaripada 1000tahun.

Wang adalah alat yang kita gunakan danbukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkanfikiran kamu sendiri

Musuh yang paling hebat di dunia iniialah diri kita sendiri.Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

AddThis Social Bookmark Button


3 comments: to “ FALSAFAH KEHIDUPAN

 

Design by Amanda @ Blogger Buster